Klik Dengan Bijak – Online Scam

27 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 26 Januari 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah mengadakan satu tayangan video advokasi Klik Dengan Bijak iaitu Online Scam bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya. Tayangan video ini telah disertai seramai tujuh orang peserta berusia dalam lingkungan 15 – 18 tahun.

Tujuan utama tayangan video advokasi Klik Dengan Bijak – Online Scam ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran kepada peserta bahawa bahayanya penipuan di atas talian yang boleh dilakukan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan mereka sendiri. Justeru, peserta dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan segala tawaran menarik di atas talian kerana ia mungkin penipuan semata-mata.

Di samping itu. Peserta juga digalakkan untuk menyuarakan pendapat mereka tentang tayangan video Online Scam. Mereka dapat bertukar pendapat dan lebih memahami maksud di sebalik video yang telah ditayangkan untuk kebaikan diri sendiri dan orang sekeliling. Peserta juga dinasihatkan supaya menjadi pengguna internet yang bijak dan tidak berkongsi maklumat peribadi mereka kepada sesiapa yang tidak berkenaan.

Kesimpulannya, tayangan video Online Scam membuatkan peserta lebih berwaspada dan sedar dengan siapa mereka berinteraksi dan menjadi pengguna internet yang bijak supaya tidak mudah ditipu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali